Hidup hanya pinjaman... Pengalaman mematangkan.

Pages

Thursday, September 3, 2015

PM singgah rumah mak

Semalam 2 September 2015, beliau singgah rumah mak.

Dari pagi sewaktu den sampai umah mak, den heran... apsal ramai org DBKL ni.  Dorg turunkan bunting-bunting yg digantung kat tiang-tiang lampu... bapak cakap dorg tarik keta-keta lama yang tersadai kat parking.

Selepas Asar, lagi ramai orang kat sana. Dari dalam bilik den dengar orang borak-borak dan mak den tengah menyapu kaki lima.  Lepas mak den masuk umah, jiran den Cik Chah datang suruh bagitau Dato Najib datang.

Bila dengar orang kecoh-kecoh, den pun keluar bilik. Mak aih! Ramainya orang... reporters... polis... cepat-cepat den amik hp dapat den snap gambar beliau hehehe...


Den taklah teruja sangat heheh... kalau kak Mah ada... baru lah den 'teruja' sangat!


Tu deh... tiba-tiba dia melencong singgah depan pintu umah mak den... What!? Hahah... beli jiwa lah kan.  Dapatlah mak den borak sket dengan PM DS Najib Tun Razak.

DSN:  Apa khabar?
Mak:  Macam nilah, kurang sihat dah 2 ke 3 ari
DSN:  Meniaga apa ni?
Mak:  Ala meniaga kecik-kecik... orang tua meniaga macam ni lah
DSN:  Rumah berapa bilik?
Mak:  1 bilik je Dato'
DSN:  Cantik lantai buat macam ni
Mak:  *senyum

speechless la konon... hahaha...

Kenangan.  Rezeki mak dapat jumpa PM.  Ammar? Tidur hehehe....


No comments:

Post a Comment